Followers

Archive: October 2010


Excel Exam


Memang nasib malang betul, lepas final exam ingatkan bolehla nak rilex-rilex sikit. Tengok-tengok ada lagi satu exam. Haish -.-, nak kata apa? Takkan aku taknak ambil kot. Aku tak tau kenapa pihak sekolah tak gunakan terus soalan Excel ni untuk dijadikan soalan final supaya takpayah nak ambil exam dua kali. Yang memang terbaik, aku nak kena belajar balik novel lain, penat je aku belajar novel dekat KL, sampai sini novel lain. Kena study lebih sikit la, final pun hancur je. Aku harap dapat mengurangkan masa online aku dan tukarkan untuk masa belajar. Harap-harap markah aku OK la. Doakan aku berjaya.


Xempoy



Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana dapat menyiapkan forum Xempoy yang telah lama terbengkalai. Forum ini bermula dengan FreeForums dan selepas mengenalpasti beberapa masalah dan forum ini telah lama tidak dikunjung. Saya telah mengambil keputusan untuk berusaha keras sikit bagi memuaskan pengunjung forum aku. Dengan bantuan Adrian Khor Yung Kian, saya telah menggunakan x10hosting selepas mengalami beberapa masalah di jomz.net untuk menapakan Xempoy. Kini pendaftaran telah boleh dibuat. Saya berharap forum ini akan lebih maju di masa yang akan datang. Kalau ramai yang join, kemungkinan besar aku akan beli hosting dan domain sendiri. Doakan aku berjaya!


Ni Lukisan Ke?


Soalan: 
Gambarkan sekumpulan haiwan yang sedang riang bermain di tepi tasik di waktu petang. Dalam gambaran anda, pastikan terdapat haiwan yang sedang bermain layang-layang, haiwan yang sedang berkejar-kejaran dan haiwan yang sedang memancing di atas sebuah bot berwarna biru.

Hahaha! Akhirnya selepas seminggu menunggu, akhirnya keluar juga keputusan Pendidikan Seni aku. Aku bersyukur dengan markah 78 sebab aku tahu lukisan aku agak mengarut dan tak waras. Berdasarkan tajuk, aku dah melukis seekor kambing dan lembu cisdel sedang bermain layang-layang. Seekor dugung sedang memancing dan kucing sedang mengejar kura-kura. ini yang aku namakan cemerlang. Hahaha!


Grafix Artist MyRilex



Harini walaupun tak rasa apa-apa yang menarik, tetapi tarikh hari ini adalah salah satu tarikh yang bermakna dalam hidup aku. Sepertimana yang dilihat dalam gambar diatas, Aku telah dilantik menjadi 'Grafix Artist' di sebuah forum yang popular di Malaysia iaitu MyRilex.com hari ini. Sebenarnya aku tidaklah meminta-minta jawatan, jawatan ini adalah satu tanggungjawab dah amanah yang diberi kepada aku. Amanah kalau diberi tapi kita tak buat berdosa besar. Jadi sesiapa yang nak mintak tolong aku designkan apa-apa untuk korang. InsyaAllah kalau ada kelapangan aku akan buatkan. Terima Kasih Moxa.


Senangnya orang nak memburukkan nama buruk aku



Ini yang dinamakan terpaling baik, kalau kau sangap nak hantar benda lucah dekat orang lain, takpayah la gatal nak guna nama aku. Tak cukup buruk ke nama aku dah tercemar di serata pelusuk dunia. Tapi tidak mengapa la. Kalau orang tak nampak apa yang kau buat, jangan lupa bahawa ada tuhan tengok gerak geri kita. Aku sabar dengan orang-orang yang memburuk-burukkan nama aku walaupun aku sedar memang aku ni tak sebagus korang. Tapi, kalau aku nak hantar benda lucah sekalipun, buat apa aku letak nama aku kat belakang tu. Kantoi la nanti. Kalau aku nak budak ni tau yang aku yang hantar, baik takpayah aku buat anon. So, sama-samalah kita fikirkan. Aku tak marah pun sebenarnya.


Pendidikan Seni


Silakan Klik Pada Gambar Jika Anda Berminat Untuk Membaca
-.-
Aku pun taktau nak cakap macam mana dah. Yang aku tau, aku budak baru dan aku hanya baru belajar seni berapa kali je. Itu pun guna buku lain. Esok final exam Pendidikan Seni. Memang aku taktau nak buat apa. Otak aku dah buntu macam Ubuntu. Lepastu paper Pendidikan Seni dia masa diperuntukkan ialah 2 jam. Aku rasa aku akan gunakan tak sampai sejam untuk buat paper dan gunakan masa selebihnya dengan bijak iaitu tidur. Inilah hobi dan benda yang paling berfaedah yang aku tau buat selain bloggging. Korang mesti pelik buat apa aku penat-penat scan soalan yang cikgu aku bagi sebenarnya agak lama dah, tapi dia menyorok dalam beg. Selamat malam ni dia keluar. Sebenarnya, bagi aku Pendidikan Seni adalah salah satu subject yang boleh merelaxkan otak aku yang serabut ni. Tapi, aku nak korang baca soalan pendidikan seni tu. Aku taktau la siapa punya idea buat soalan macam ni, tapi first time aku baca soalan tu, gelak besar. Tapi, benda lain yang berlaku dekat aku malam ni. Rasa macam nak menangis pun ada. Terfikir apa yang aku nak conteng  kat kertas yang cikgu bagi nanti.


Profile Picture Pertama



    HAHAHA!
    Comel tak? Ini Azwan Ali yang korang kenal waktu 4 tahun lepas. Ini profile picture pertama aku. Memang aku tak nafikan. perwatakan yang agak berbeza. Gambar ni disnap oleh ibu semasa di Putrajaya pada tahun 2007. Tengok badan aku waktu ni, gemuk macam badak sumbu dengan baju Orienteering dan selipar Crocs pasar malam dan seluar jeans yang berlipat dan topi oren berbutton dan gaya posing ala ala orang smart! LOL.


    Aku Manusia



    Aku rasa macam hidup aku dah tiada makna, setiap benda yang aku buat orang tak suka. Kemana saja aku pergi, mesti org tak suka. Aku tau kadang-kadang aku buat salah. Tapi aku dah mintak maaf. Ada juga orang pernah ajak aku jadi orang jahat. Dia cakap 'Kalau hidup dekat dunia ni nak jadi baik, tak dapat la'. Aku selalu termenung, hidup aku, apa akan jadi. Dimana-mana pun orang tak akan terima. Aku tak mintak untuk dijadikan macam ini. Semua orang layan aku macam aku ni binatang. Aku pun manusia. Cuba korang fikir, apa perasaan korang bila ada dekat tempat aku. Apa yang korang akan rasa? Hidup aku, aku boleh cakap, secara jujur, memang aku tak pernah rasa apa itu kegembiraan. Hidup aku penuh dengan kesedihan. Setiap hari, penuh dengan caci maki daripada semua orang. Aku harap, suatu hari nanti, aku akan dapat hidup dengan tenang.