Followers

Archive: December 2010


#911



Inbox me any number between 1 and 5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is.


Terima kasih sebab semua komen terhadap aku memang boleh cakap positif.
Hahaha, tapi takde orang pun inbox aku number. Sedoh wei T.T


Bajet Mac?


 

Smart ke?
Sebenarnya aku guna windows XP je, cuma gelabah nak bajet macam Mac.
Maklumlah, aku belum layak nak guna Mac.
Kalau ada rezeki tu ada la.
Sekadar berangan-angan tu boleh la.



The Social Network



Aku baru tengok movie ni semalam, lepas tengok terus fikir macam-macam. Faham jela aku, tengok apa orang buat semua nak ikut. Tapi nak cakap Zuckerberg ni memang hebat gila. Aku pun tak berapa faham sangat sebab sedut dari PC Afiq, takda subtititle. Tengok pulak dalam handphone. Memang tak kecik pulak gambar. Terfikir juga nak bukak lagi satu website. Yang boleh kalahkan Facebook. Tapi benda macam ni semua boleh jadi. Fikir balik, zaman Friendster, semua orang terfikir. Mana datang owner dia idea buat website macam tu. Sama juga apa yang berlaku dengan mySpace dan Facebook. 

Contoh paling senang, Friendster ngan mySpace. Ada orang guna ke sekarang ni? Setiap apa benda yang lama mesti ada pengganti. Tengok nanti suatu hari. Bila semua orang dah muak dengan Facebook. Dan ada website lain yang muncul. Semua mesti lari kat tempat baru. Walaupun taknak, dah member semua lepak kat sana. Macam mana nak contact. Apa-apa pun, tahun depan dah nak PMR. Kena fokus. Takleh nak duduk depan komputer lama-lama dah. Aku nak kumpul duit setahun. Lepas PMR, let start the project!


Gemuk


Tengok badan budak gemuk macam mana

Memang takleh nak dinafikan aku makin hari makin gemuk. Mana taknya, dah duduk rumah cakap je nak makan apa ibu masak. Duduk Sandakan pulak pasar macam-macam ada. Mana boleh nak tahan.
Dulu memang aku lagi gemuk. Tapi waktu zaman sekolah rendah tak kira dahla. Tapi berat aku memang lebih kurang 60kg. Tak banyak berubah. Kalau berubah pun lebih kurang je.

sambungan di sini...


Naik Speedboat


Harini memang bangun awal sebab nak pergi naik speedbot. Sebenarnya, aku dah pernah naik speedboat sebelum ni, tapi sebab kalini naik speedboat dengan handphone baru. Jadi, banyak jugak gambar yang sempat aku snap harini.

sambungan di sini...


Rambut Baru?



Gaya nak buat rambut macam Ballotelli la, memang macam Ballotelli habis.
Ingatkan bolehla nak up sikit kan?


Afiq: Wadefak, apehal kau buat rambut Noh Hujan?
Aku: Noh kepale lutut kau.


Dua Malam Di Kundasang


Gunung Kinabalu, Sabah

Kalau aku ada dekat rumah pun takde nak buat apa-apa, baik keluar jalan-jalan. Kali ini pergi ke Kundasang pulak. Tempat dia ala-ala Cameron Highland la, tapi dekat sini lagi sejuk. Tapi yang paling takbestnya, nak pergi sana jalanraya bukan main teruk lagi. Lubang sana lubang sini. Nak sampaikan ke Kundasang tu serious rasa macam nak muntah je.

Pagi hari kedua memang tak nampak apa-apa la kat sana. Kabus bukan main tebal lagi. Nafas pun boleh keluar asap. Kecewa jugak la, nak tangkap gambar Gunung Kinabalu tak dapat.

Pagi hari kedua sebelum balik, alhamdulillah cuaca baik. Dapatla tangkap gambar Gunung Kinabalu. Lepastu, pagi-pagi dah gerak balik Sandakan. Fuhh -.-
Penat tak terkata.




Cuti Membosankan




tengok muka orang bosan tahap dewa macam mana?
Sejak cuti sekolah ni beg sekolah memang tak pernah bukak lagi. Maklumla orang rajin. 24 jam menghadap PC je. Haha. Cuti kali ini terpaling membosankan dibandingkan dengan cuti yang sememangnya terpaling wallawei sebelum ini.
Bangun tidur je, terus on PC. Tengah hari baru mandi, lepastu terus lunch. Then, duduk depan PC sampai ke petang. Petang mandi, maghrib pergi surau. Balik surau dinner. Then, pergi surau balik solat isyak. Then online sampai pagi. And last tidur.


Raja Sehari


Inilah dia Raja Sehari yang aku maksudkan. Hahaha, bukan setakat sehari. Dah nak dekat sebulan dah. Semenjak eksiden, aku tak pastu dia dah sembuh ke belum. Kerja mengarah orang je. Kadang-kandang dia cakap dah OK dah, dia boleh jalan. Kalau orang lain mintak tolong, terus sakit balik. Otakarek betul. Biarlah, orang sakit. Dah dia sakit, aku kerja double la sekarang ni. Kerja aku, aku kena buat, kerja dia, aku jugak kena buat. Dia senang-lenang online, manakala aku banyak kerja nak dibuat. Tapi sempat jugak la nak online. 


Sony Erisson Zylo W20


Setelah beberapa lama bersabar menunggu handphone lama aku ditukar. Akhirnya, aku dapat juga handphone baru. Sebenarnya, aku tak survey langsung pun. Sampai je Lowyat, pergi kedai Sony Ericsson lepastu tengok-tengok sikit terus beli. Aku pun macam tak percaya ada handphone baru. Setakat ni, aku tak ada alami apa-apa masalah menggunakan handphone ni. Macam simple, tapi banyak jugak dia punya function. Yang tak bestnya, accessories dia semua belum keluar lagi sebab dia model yang baru sampai dekat Malaysia.

Kamera dia 3.2 Megapixel bagi aku cukup la setakat nak snap gambar kat mana-mana. Lepas beli, pergi makan tengahhari dekat KLCC, so aku test sikit kamera dia:





Tak Tidur


-.-
Camni la muka aku bila satu hari tak tidur. Actually harini baru balik dari cuti selepas 3 minggu ke Semenanjung untuk balik kampung. Ibu suruh bangun awal esok pagi, tapi sebab nak ambil langkah berjaga-jaga punya pasal, satu malam tak tidur. Takpa la, korban sikit. Gambar pun macam tak terang sebab aku snap guna webcam Logitech aku beli dekat Lowyat.