Followers


Kakak dan Abang


Betapa gembiranya kitaorang selepas lama tak jumpa.

Setelah lama tidak bertemu, kakak belajar jauh la katakan. Aku pulak duduk dekat seberang laut. Memang rindu la walaupun kakak aku ni garang. Betul kata orang tua-tua, air dicincang tak akan putus. Macam tu juga dengan aku, abang dan kakak.

Dulu memang lagi jarang nak jumpa sebab semua dengan kehidupan masing-masing. Bukan kitaorang berpecah ke apa. Tapi kakak aku belajar dekat Kelantan. Abang aku pulak dekat Teluk Intan. Aku dekat Kuala Lumpur. Family dekat Lumut. Tahun 2009 tahun paling aku rindu dekat adik beradik aku.

Maklumla, cuti bukan sama. Bila aku cuti, belum tentu abang kakak aku cuti. Dan bila diorang cuti belum tentu aku cuti. Tapi semenjak dah pindah Sabah semuanya dah berubah. Tiap-tiap hari dapat jumpa abang. Kakak tu boleh dikatakan seminggu mesti ada punya chat dekat YM.

Aku harap kitaorang akan bersama tak kira apa jua yang terjadi.



Leave your comment